PROSES
PEMBUATAN SONGKOK
- Berikut adalah proses-proses di dalam pembuatan songkok.
- bahan yang digunakan sebagai rangka dalam pembuatan songkok. Ia lebih dikenali sebagai polan. Ia dibuat daripada suratkhabar lama dan cebisan kain. Polan akan dipotong mengikut saiz- saiz songkok.
- Menggunakan kulit yang digunakan sebagai pelindung daripada peluh atau basah. Kulit juga digunakan bagi mengekalkan bentuk songkok. Kulit dipotong selebar 1 1/2" dan dijahit di sebelah dalam songkok.
- Baldu adalah kain yang digunakan untuk membalut rangka songkok yang telah siap dijahit. Baldu songkok terdiri daripada dua jenis iaitu baldu biasa dan jenis tebal .Baldu akan dipotong mengikut saiz songkok.
- Seterusnya proses menjahit baldu pula dilakukan untuk disatukan kepada rangka songkok. Kertas keras akan dijahit bersama-sama baldu untuk membuat badan songkok.
- Proses seterusnya adalah menyemat baldu di bahagian kepala songkok dengan jarum. Setelah selesai disemat, sematan tersebut akan dijahit supaya baldu tidak tanggal dari rangka songkok .