APA ITU SONGKOK ?
Songkok merupakan sejenis topi tradisional bagi masyarakat
Melayu. Songkok dipakai sebagai pelengkap baju melayu bagi menghadiri
majlis-majlis keramaian atau keagamaan. Songkok sangat popular bagi masyarakat
Melayu di Malaysia, Singapura, Indonesia dan di Selatan Thailand.
Songkok dikatakan berasal daripada penduduk Indonesia yang
beragama Islam. Pada asalnya, bentuk songkok adalah di dalam bentuk yang
seakan-akan fez (juga dikenali sebagai tarbus). Kebanyakannya dihasilkan di
dalam warna hitam. Di Indonesia songkok juga dikenali sebagai peci.
Di Indonesia, songkok menjadi pemakaian kepala rasmi yang
pada awalnyadipopularkan oleh Presiden Sukarno. Songkok ini akan dipakai oleh
rakyat Indonesia bagi menghadiri majlis-majlis perkahwinan atau majlis
keagamaan seperti perayaan Aidil Fitri dan Aidil Adha.
Di kalangan masyarakat Melayu, songkok menjadi pemakaian
kepala yang rasmi ketika menghadiri upacara-upacara rasmi seperti majlis
perkahwinan, solat jumaat, upacara keagamaan dan perayaan seperti Hari Raya
Puasa dan Hari Raya Qurban.
Songkok juga turut dipakai oleh pasukan tentera dan polis di
Malaysia dan Brunei untuk upacara-upacara tertentu. Songkok terdiri daripada
berbagai-bagai saiz mengikut ukuran kepala si pemakai. Songkok boleh dipakai
kosong (warna hitam) atau diberi hiasan iaitu lilit yang boleh dipasang atau
dibuka.
Untuk mengetahui saiz songkok yang dipakai. kita perlu
mengukur dengan menggunakan tali pengukur yang akan dililit di sekitar kepala
iaitu di bahagian atas kening. Ukuran yang diambil adalah dalam ukuran inci. Sebagai
contoh, jika ukuran lilit kepala adalah 22", makan saiz sebenar songkok si
pemakai adalah 22 1/4". Tujuan saiz songkok dibesarkan 1/4" adalah
bagi memastikan pemakaian songkok yang selesa.
No comments:
Post a Comment